Friday, March 28, 2014

Info Sihat : Sauna, Perbandingan dengan Aktiviti Lain dan Kelebihan Sauna

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak bercerita mengenai sauna.

Adakah anda mempunyai masalah seperti dibawah?

1) Tiada masa pergi berjoging?
2) Tak sempat langsung nak bersenam?
3) Resdung, pagi2 selalu bersin?
4) Badan terasa lenguh-lenguh, sakit sendi serta letih?
5) Berpotensi kena serang darah tinggi dan kencing manis?
6) Berat badan naik selepas bersalin?

Perbandingan Sauna dengan aktiviti fizikal lain

1) Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori
2) Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3) Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
4) Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
5) Joging selama 30 minit membakar 300 kalori

Sememangnya bersauna telah diakui berkesan di seluruh dunia mampu membakar kalori, memecahkan lemak seterusnya menyihatkan tubuh badan sejak dulu lagi. Jelas, bersauna dapat menggantikan aktiviti senaman. 


Apakah sauna?

Sauna merupakan ruang tertutup (bilik) yang direka khas agar wap, sama ada wap kering atau wap lembab terperangkap di dalamnya. Kebiasaannya, suhu di dalam sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah celsius dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh (untuk tempoh yang tidak terlalu lama).

Tujuan pembinaan sauna pada asalnya adalah untuk pemanasan badan di negara-negara Eropah (iklim sejuk), namun konsepnya kini telah disalah tanggap untuk tujuan pengurusan berat badan.

Secara amnya, terdapat 2 jenis sauna yang boleh didapati pada zaman moden ini, iaitu "Sauna Tradisional" (udara/wap/steam sebagai medium pemanasan) dan juga "Infared Sauna" (badan dipanaskan secara terus dariapda gelombang infra-merah). Produk berasaskan infrared sauna seperti "Sauna Pants" dan "Portable Sauna" menjadi sasaran ketika ini memandangkan kosnya yang murah dan mudah dilakukan di rumah.



Fakta kelebihan sauna

1) Mengeluarkan toksin

Peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yang diketahui, pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

2) Meningkatkan metabolisma

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!!

3) Mengurangkan stress

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah melalukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

4) Menyembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yang baisanya antara 60-105C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat selakigus mempercepatkan proses penyembuhannya.

5) Membunuh bakteria & virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me'nyah' toksin penyebab rasa letih setelah seharian melalukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus, meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Sumber : blog asrymydiary


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Thursday, March 27, 2014

Testimoni GLA dan Set Kurus Shaklee : Period Dah Stabil dan Berat Badan Turun 2kg Dalam 18 hari

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian tentang Vitamin Shaklee yang mampu menyelesaikan masalah period dan menurunkan berat badan...In Shaa Allah...


Apa kata Puan Ashikin?

Assalamualaikum, saya nak kongsikan testimoni diri sendiri setelah consume Shaklee walaupun belum sampai sebulan lagi pengambilannya.

Period saya tak teratur dan pernah datang dalam jangka masa yang terlalu lama (darah istihadah) sejak bulan April 2013 dan doktor cakap ini masalah hormon tak stabil.

Bulan Jun saya makan ubat Norcolut untuk hentikan bleeding tapi akhir bulan Julai period masih ting tong lagi. Doktor scan saya memang tiada cyst dan sewaktu dengannya (wallahualam).

Frust turun naik hospital pakat kat JB serta saya rasa penat, buang masa dan buang duit (saya tinggal di Singapore) sebab selalu check tak ada ape2 masalah tapi period masih tak ok.

Saya balik KL Aug lepas, saya start makan GLA + B COMPLEX + ESP + LECITHIN + ALFALFA  Shaklee sampai sekarang (nak turunkan berat juga sebab makan Norculat berat naik 5kg mendadak!)

Berkat usaha doa tawakkal pada Allah SWT, period datang cuma 6 hari sahaja untuk bulan August tu. Syukur sangat!! Period pain dah kurang, setakat sengal pinggang sket2.

18 hari consume LECITHIN + ALFALFA SHAKLEE berat turun 2 kg dan loose inch di pinggang juga. Dah nampak curve shape. Lutut kering dulu dah jadi moist lepas consume ESP dah 11 hari. 

Jerawat pasir dah takde di dahi. Hubungan suami isteri pun mantap hehe penangan ESP + ALFALFA (suami puji tiap kali).

Sekarang masih menunggu kot2 akan datang ada rezeki untuk dapat baby In Shaa Allah.


Jom kita baca manfaat GLA Shaklee.

1) Memelihara kesihatan - borage merupakan herba tradisi kegemaran orang barat.

Fungsi borage:
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormon estrogen dan testosteron

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawaldan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil 'cecair kesuburan' di dalam rahim. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tisak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh, insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

10) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul di bawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

11) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

12) Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee boleh rujuk entri saya yang lepas2 di sini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau pesanan.



Rose Azadir
Shaklee  ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com



Wednesday, March 26, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Gastrik Punca Makan Cempedak Hilang Lepas Minum ESP + Milo

Assalamulaikum...

Dua hari lepas, negara kita menerima berita sedih tentang kehilangan pesawat MH370 melalui pengumuman yang dibuat oleh PM kita.Takziah diucapkan kepada seluruh akhli keluarga dan krew pesawat tersebut. Semoga tabah dan redha dengan Qada' dan Qadar Allah bagi yang beragama Islam.

Hari nie saya nak berkongsi pula tentang kebaikan ESP Shaklee yang dapat membantu pesakit2 gastrik.


Mesti ramai yang kat sini suka makan Cempedak goreng kan? Mana tak sukanya? kalau goreng tu baunya semerbak satu kampung boleh cium hehe. Tapi tak semua orang tahan makan cempedek nie sebab dia berangin, lagi2 kalau makan banyak.

Puan Nadia yang sedang sarat mengandung nie pun suka makan cempedak goreng. Malangnya badan beliau tak tahan bila beliau makan banyak cempedak tu lalu gastrik pun datang attack!!!

Seharian muntah2 dan cirit-birit dibuatnya. Makan ubat klinik pun tak jalan. Jadi sebelum tidur, beliau cuba minum ESP bersama milo. Hasilnya beliau sendawa dan tak muntah2 lagi. Perut pun rasa selesa. Alhamdulillah...

Gastrik terjadi apabila keadaan di dalam perut kita berada pada tahap keasidan yang tinggi akibat proses peneutralan badan terganggu. Keadaan keasidan melampau ini akhirnya membuatkan dinding-dinding perut dihakis yang mana boleh menyebabkan keradangan dan ulser sekiranya tidak dirawat.



ESP Shaklee merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP Shaklee sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Ia juga membantu dalam memberi tenaga untuk memenuhi keperluan badan.

Lain2 Testimoni ESP Shaklee :
1) Testimoni ESP Shaklee : Dah Boleh Puasa Penuh di Bulan Ramadhan
2) Testimoni ESP Shaklee : Alhamdulillah, Stok Susu Ada Lebih 100 Packs!!!
3) Testimoni ESP Shaklee : Kulit Baby Sangat Halus, Mulus dan Tiada Ruam

Harga runcit untuk ESP Shaklee hanyalah RM150.00 untuk kegunaan lebih kurang 1 bulan.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, March 25, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Kulit Sentiasa Lembap dan Glowing

Assalamualaikum,

Lagi perkongsian yang saya nak kongsikan dengan anda semua iaitu tentang keberkesanan Set Skincare Shaklee.


Cantik tak kulit Puan Adila nie? Cantikkan, nampak glowing gitu...

Puan Adila mula mengambil ESP + Vitamin C + B Complex sejak menyusukan bayi beliau. Memang nampak perubahan pada kulit, tidak lagi pucat dan kusam.

Selepas 2 bulan, beliau tambah pula Vitamin E, kesannya superb!!! Jeragat di muka semakin kurang dan kulit sentiasa lembap dan glowing.


Energizing Soy Protein (ESP)

Kenapa ESP sangat baik untuk kulit? Kerana ESP adalah dari kacang soya bermutu yang terpilih. Rasanya ramai yang sedia maklum, soya sangat baik untuk kulit kerana soya dpat melicin, menghalus dan melembutkan kulit kija rajin mengambilnya. Malah soya juga mampu mengurangkan lebihan minyak diwajah.

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus diwajah. Dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun pada tahun 2007 dalam Jurnal Nutritional Science dan Vitaminology menunjukkan bahawa kulit wanita yang berusia 30-40 tahun yang mengamalkan pengambilan soya setiap hari dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus diwajah selepas 12 minggu.

Soya juga dapat menghasilkan keanjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh badan kerana soya penggalak kolagen yang baik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan soya dapat melambatkan proses penuaan.


Vitamin C

Selama berabad-abad, kaum wanita selalu menemukan cara untuk menikmati khasiat vitamin C bagi kulit. Di Tibet, pada masa pemerintahan Dinasti Tang, wanita yang ingin mencegah tanda-tanda penuaan kulit menyapu biji tanaman sea buckthorn di wajah dan tangan.

Manfaat terbesar vitamin C pada kesihatan kulit adalah kemampuannya membantu pembentukan kolagen. Vitamin C mengandungi asam askorbat yang merupakan kunci utama untuk membentuk kolagen sebagai protein untuk membuat kulit tetap sihat dan tidak mudah kendur. Kolagen bersama dengan elastin akan menjaga kulit agar tetap sihat. Kolagen menghasilkan kekenyalan dan kekuatan kulit, sementara elastin menghasilkan kelenturan.

Selain itu, Vitamin C juga menjadi sumber antioksidan yang meneutralkan radikal bebas di kulit. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa kandungan asam askorbat 2-fosfat yang dibawa vitamin C tidak hanya meneutralisasi bebas, tapi juga memperbaiki kerosakan DNA. Di samping itu, vitamin C juga dapat membantu kulit memperbaiki dirinya sendiri dari dalam ketika terjadi luka.


Vitamin B Complex

Vitamin B Complex berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Ia juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit.

Lagi kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Vitamin B Complex ini juga bertujuan untuk menambah pembuatan sel-sel darah, mencegah kelesuan dan baik untuk mata.


Vitamin E

Vitamin E pula berfungsi untuk melindungi sel dan DNA daripada kerosakan yang berubah menjadi kanser. Ia menghalang pertumbuhan tumor sekaligus meningkatkan fungsi kekebalan tubuh dan mencegah zat pra-kanser berubah menjadi karsinogen.

Kajian dengan tikus menunjukkan bahawa Vitamin E yang disapukan pada kulit boleh membantu mencegah kanser kulit akibat pendedahan sinaran ultraungu.

Vitamin E membantu mengekalkan kadar air dalam kulit. Minyak vitamin E membantu membuat wajah kusam menjadi lebih bersinar, kulit kering kelihatan lebih sihat dan segar.

Anda juga boleh merawat kuku dengan cara menyapukan sedikit minyak vitamin E secara teratur.

Lain-lain Testimoni Set Skincare Shaklee :
1) Testimoni Set Skincare Shaklee : Wajah Lebih Bermaya Tanpa Solekan
2) Testimoni Set Skincare Shaklee : Lagi Kejayaan Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
3) Testimoni Set Skincare Shaklee : Saya Nampak Maki Mudakan?


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau pesanan.



Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Sunday, March 23, 2014

Testimoni Vitamin C Dan Vitamin E Shaklee : Wajah Lebih Bermaya Tanpa Solekan

Assalamualaikum....

Hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau dan bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Bait rangkap lagu nyanyian arwah Sudirman sangat sesuai dengan waktu sekarang kan? Miggu nie dah start hujan turun sekaligus dapat menghilangkan masalah jerebu yayng melanda negara kita. Tido malam pun best sebab sejuk hehehe....

Hari nie saya nak share satu lg testimoni customer yang telah berjaya dengan pengambilan vitamin E dan Vitamin C Shaklee.


Sesungguhnya pengaruh artis tak kira artis tempatan atau luar negara amat kuat. Sebab tu banyak produk2 menggunakan artis sebagai duta mereka tak kira la produk kecantikan atau peti sejuk hehe.

Dalam kes nie, Ms Nurul mengikut jejak langkah artis kegemaran beliau iaitu Jennifer Lopez mengambil Vitamin E tapi dia up sket lagi, ditambah dengan Vitamin C Shaklee.

Kalau kita rujuk pada gambar yang diberikan, sebelum pengambilan Vitamin E dan Vitamin C Shaklee, muka beliau kelihatan tidak bermaya. Tetapi selepas pengambilan Vitamin2 tersebut, kulitmwajah beliau kelihatan sangat bermaya dan ceria, tak perlu make up lebih2 dah nampak cantik...


Antara Kelebihan Vitamin E Shaklee :

  • Kulit kelihatan segar dan nampak muda
  • Kulit dilindungi dari sinaran ultra ungu
  • Kulit kelihatan lembap
  • Melindungi sel dari kerosakan radikal bebas


Antara Kelebihan Vitamin C Shaklee pula :

  • Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser
  • Mencerahkan kulit
  • Meningkatkan dan merangsang penghasilan kolagen kulit agar kelihatan kenyal dan halus
  • Tiada kerasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan / konsultasi / pesanan.


Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp: 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, March 20, 2014

Testimoni Vitamin C & Vitamin E Shaklee : Lagi Kejayaan Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat

Assalamualaikum...

Jom kita tengok testimoni customer nie tentang pengambilan Vitamin C dan Vitamin E Shaklee.


Setelah customer nie consume Vitamin C dan Vitamin E Shaklee, jerawat dan parut2nya semakin hilang.

Alhamdulillah sememangnya Vitamin C dan Vitamin E Shaklee sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat jika betul cara pengambilan dan jaga pemakanan harian anda.

Tidak bermakna yang apabila anda makan suplemen untuk hilangkan jerawat, kuruskan badan dan sebagainya, anda tidak perlu menjaga pemakanan.Pemakanan wajib dijaga untuk mendapat kesan dan yang sepatutnya.



Apakah Manfaat Utama Vitamin C Shaklee?
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi Kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apakah Manfaat Utama Vitamin E Shaklee?
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik dan lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
Apa yang paling bestnyer vitamin E Shaklee nie dah ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernyer berbanding yang dulu ;)

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan / konsultasi / pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail ; razadir@gmail.com

Wednesday, March 19, 2014

Motivasi : 3 Petua untuk Menjadikan Suami Sentiasa Sayang

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian motivasi dari HM Tuah, sumber dari Mingguan Wanita.

Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat. Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak kisah dengan perasaan para wanita?”



Wanita ini adalah yang paling anggun pada pandangan mata saya pada hari itu. Dia adalah salah seorang peserta bengkel motivasi meningkatkan kecemerlangan organisasi saya. Malah, dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, beliau mendapat perkataan ‘ANGGUN’ daripada peserta lain, menunjukkan pandangan dan penilaian saya tidak salah. 


Tetapi apabila beliau memberikan soalan sedemikian rupa, timbul pula rasa kesian di hati saya, hingga terdetik kata-kata begini di hati saya, ‘Kesiannya, muka lawa pun suami boleh buat tak peduli.’

Maka, saya pun terus menjelaskan. Kata saya, “Kalau mengharapkan lelaki kata I love you selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu. 




Pada orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta, kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”
 

Kata-kata saya itu disambut oleh seorang peserta lelaki dengan kata-kata, “Betul, betul, betul,” sambil mengangguk- angguk dan tersengih-sengih.
 
Kata saya lagi, “Cara orang lelaki menunjukkan kasih sayang mereka ialah dalam bentuk benda. Nanti, setahun kemudian tiba-tiba dia balik dengan membawa geran tanah. Apabila ditanya oleh isteri, geran apa ni bang? Tengoklah, katanya. Apabila ditengok rupanya nama si isteri pada geran berkenaan. Eh, nama saya ni bang? Iya, memang nama awak. Maknanya abang beli untuk saya ye? Iya, siapa lagi. 


Haaa, itu cara orang lelaki tunjukkan dia kisah, dia prihatin, dia sayang, dia kasih, dia cinta, iaitu dengan benda dan biasanya benda itu mahal dan tak terjangka sama sekali. Jadi, dah faham? Kalau dah faham, tak usah kecil hati suami tak pernah ucap I love you pada awak, tak bermakna dia tak sayang, cuma caranya berbeza.”
 
Lalu otak saya pun merumuskan mengapakah soalan demikian yang ditanyakan oleh wanita berkenaan, iaitu beliau sedang berada dalam dilema oleh banyak pilihan. Banyak pilihan? Bukankah dia sudah berkahwin? Ya, dia sudah berkahwin tetapi dia sedang digoda oleh ramai lelaki. 


Orang cantik tentulah menjadi perhatian dan tentulah tidak sikit-sikit lelaki yang mencuba nasib meskipun mereka tahu itu isteri orang. Dikalangan mereka tentu ada yang mula mekar di hati hingga timbullah rasa untuk membanding-bandingkan.
 
“Lelaki A sudah berkahwin juga, tapi dia cukup prihatin. Hari-hari dia hantar SMS yang lunak berbanding lelaki B, C dan D, apatah lagi suami aku sendiri, aku hantar mesej jiwang pun tak dibalasnya. Kalau balas pun, ‘dah buang tabiat agaknya’, itu yang dapat.”

 
Dua keadaan ini memaksa kita berdiri di tengah-tengah. Sebagai lelaki, meskipun majoriti suami tidak tahu menyatakan rasa kasih dan sayang, belajar-belajarlah menyatakannya, kalau tidak isteri anda bakal diambil orang. 


Kepada wanita pula, meskipun lelaki lain kelihatannya lebih memahami, lebih prihatin, lebih penyayang daripada suami sendiri, ketahuilah setelah anda memilikinya kelak, keadaan yang sama akan berlaku juga kerana majoriti lelaki memang tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada pasangan.
 
Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu pertama; kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

 
Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Monday, March 17, 2014

Riboflavin Dalam B Complex Shaklee : Penyebab Air Kencing Menjadi Kuning

Assalamualaikum....

Ada customer saya yang consume B Complex Shaklee tanya, kenapa air kencing dia bertukar jadi kuning bila makan B Complex Shaklee?

Untuk mereka yang consume B Complex, itu adalah perkara normal sebab B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan.


Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin.

Riboflavin adalah vitamin larut air, bermakna jika diambil berlebihan ia tidak akan disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan. Manusia mempunyai keperluan yang tinggi untuk Riboflavin dalam keadaan tertekan.

Riboflavin secara semulajadi terdapat dalam makanan, Ia berfungsi untuk mengaktifkan enzim yang terlibat dalam pembentukan tenaga daripada pecahan karbohidrat, protein dan lemak. Namun begitu, Riboflavin mudah dimusnahkan oleh cahaya, air semasa memasak, estrogen dan penggunaan alkohol.


Peranan Pemakanan Daripada Riboflavin.

Riboflavin adalah penting kepada badan untuk pelbagai fungsi.
  • Ia mempunyai kesan yang mendalam ke atas pengeluaran hormon tiroid, yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan metabolisme dan menyediakan tenaga yang stabil.
  • Ia membantu badan menghasilkan sel-sel imun untuk melawan jangkitan.
  • Ia, bersama-sama dengan zat besi, membantu membina sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke sel-sel badan.
  • Ia juga menukar niasin dan B-6 ke dalam bentuk aktif supaya badan dapat menggunakannya secara berkesan, 
  • Ia mengandungi bahan yang membantu nutrien lain sebagai antioksidan kuat, membaiki dan mengekalkan tisu, dan menyembuhkan luka.
  • Ia membantu fungsi mata yang sihat dan saraf yang sihat.

Manfaat Kesihatan Riboflavin dalam Pemakanan Manusia
  • Bagi pertumbuhan dan perkembangan yang normal
  • Untuk sistem pembiakan
  • Untuk penglihatan, keletihan mata, kanta mata, dan pencegahan katarak
  • Bagi sakit kepala migrain
  • Untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku
  • Bagi antioksidan
  • Untuk Sistem Saraf
  • Untuk bibir mulut, tekak dan lidah
  • Untuk memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein untuk tenaga
  • Untuk penyakit kulit seperti rosacea
  • Untuk pemulihan penyembuhan luka, kecederaan dan selepas pembedahan
  • Untuk kebimbangan, tekanan dan keletihan
  • Untuk masalah berkaitan saraf : Alzheimers, kebas & sesemut, epilepsi dan pelbagai sklerosis

Sumber Semulajadi Riboflavin
  • Susu
  • Yogurt
  • Keju Amerika
  • Keju Cheddar
  • Hati
  • Daging lembu
  • Telur
  • Tuna
  • Brokoli
  • Bayam
  • Makaroni
  • Roti
  • Bijirin
  • Avokado
  • Cendawan
  • Yis
  • Sayur-sayuran berdaun hijau

Gejala Kekurangan Riboflavin
  • Retak dan kudis dalam mulut
  • Peningkatan kepekaan terhadap cahaya
  • Kulit gatal
  • Kulit terbakar
  • Mata berair
  • Jumlah sel darah merah yang rendah
  • Ruam kulit kawasan pangkal paha
  • Pengelupasan kulit kulit di sekitar kening, hidung dan bentuk cuping telinga  


Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindak balas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi anda tidak perlu risau lagi jika anda melihat urin tiba-tiba bertukar menjadi kuning. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan / konsultasi / pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, March 12, 2014

Info Sihat : Jerebu - Sebab, Akibat dan Tips Kesihatan

Assalamualaikum...
Hari nie nak citer pulak tentang Jerebu, hehe off topik sekejap...

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
 
Apa yang menyebabkan Jerebu?
 
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:
 
Jerebu Buatan manusia
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah)


Jerebu punca Asli
-
Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin


Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. 


Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.
Indeks Pencemaran Udara
 
Nilai IPU ---- Kualiti udara
0 - 50 ---- Baik
51 - 100 ---- Sederhana
101 - 200 ---- Tidak sihat
201 - 300 ---- Sangat tidak sihat
301 - 400 ---- Berbahaya
401 - 500 ---- Sangat berbahaya
Lebih 501 ---- Darurat


Antara Gejala Penyakit Disebabkan Jerebu:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Tip Jika Berlaku Jerebu:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah, mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Selain daripada cara di atas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Antara vitamin Shaklee yang boleh diambil ialah ESP, Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C.


Rose Azadir
SID : 933408
SMS/Whatapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir



 

Tuesday, March 11, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Saya Nampak Makin Muda kan?

Assalamualaikum,

Hari nie kat FB penuh dengan status MH370, temubual dengan salah seorang Juruterbang Boeing 777 Malaysia Airlines System.

Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"

Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"


Kapten Noruddin Abdul Majid
~ Juruterbang Boeing 777 MAS


Kesimpulannya, sehebat mana pun teknologi manusia, ingatlah yang Maha Esa, kita wajib kembali kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T, mohonnya keampunannya.

Sentiasa berdoa dan ingat kepada Allah tetapi rutin harian perlu diteruskan, jadi saya nak share satu testimoni dari seorang yang istimewa nie.


 
Puan Hilmiah berusia 46 tahun. Beliau mula consume suplemen Shaklee pada tahun 2011 dan ketika itu umur beliau 43 tahun.

Suplemen Shaklee yang diambil oleh beliau ialah vitamin C dan B complex dan pengambilan secara konsisten telah membuahkan hasil yang sangat mengujakan. Tengok saja perbezaan dalam gambar di atas. Beliau nampak muda dan muka pun lebih tirus tak kembang seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, beliau juga mengamalkan pengambilan Alfalfa Shaklee. 


Apakah kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Shaklee menghasilkan B complex denganteknologi berpaten yang ekslusif. HANYA PADA B COMPLEX SHAKLEE. 

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B, vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex Shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunkan dalan badan.


Apakah kelebihan Vitamin C Shaklee?

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 




Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Monday, March 10, 2014

Info sihat : Bahaya Mandi Malam - Fakta atau Mitos


Assalamualaikum....

Tentu ramai kat sini yang sering mandi malam kan? Mungkin bukan sebab sengaja suka mandi malam tapi keadaan yang menyebabkan kita terpaksa mandi malam. Mungkin sebab bekerja sehingga lewat petang, perjalanan pulang ke rumah pula memakan masa. Sampai dirumah mungkin pukul 8 atau 9 atau lebih lewat.
Jadi, hari nie nak saya nak berkongsi pula tentang Bahaya Mandi Malam - fakta atau mitos.


Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.

Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.   Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.   Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.   Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri.

Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

sumber : Dr Zubaidi 


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Friday, March 7, 2014

Set Skincare Shaklee : Jerawat Mula Kering dan Semakin Menghilang...

Assalamualaikum....

Sekejap jer dah tiba penghulu segala hari iaitu hari Jumaat, semoga semua mendapat keberkatan hari yang mulia ini yer...

Saya pun nak berkongsi sesuatu yang istimewa hari nie iaitu satu lagi testimoni Set Skincare Shaklee.



Pn. Ema mengalami masalah jerawat yang agak teruk dan beliau telah mencuba beberapa produk lain sebelum Shaklee.

Set Skincare Shaklee yang telah digunakan oleh Pn. Ema terdiri daripada ESP, Vitamin E dan Alfalfa Shaklee.

Kesannya selepas lebih kurang 2-3 bulan penggunaan ialah jerawat semakin kering dan muka semakin cerah, halus dan gebu.


ESP atau Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Ia diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isofalvones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak megandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilakn oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Jadi ESP iaitu protein sangat penting bagi mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang bewarna hitam tersebut.

Vitamin E pula adalah vitamin antioksidan yang melindungi dan membaik pulih kulit kita. Antioksidan ialah agen yang meneutralkan kesan oksidan radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, bergaris halus dan berkedut.


Vitamin E adalah salah satu antioksidan paling kuat tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi anda perlu memastikan anda mendapat nutrisi yang berharga ini dari diet harian anda.

Alfalfa Shaklee pula adalah suplemen yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikan kulit dan otot.

Ia juga mampu menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian kilinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa Shaklee akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, ia seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

Lagi Testimoni Set Skincare Shaklee:
1) Testimoni Set Skincare Shaklee : Parut dimuka Semakin Menghilang Selepas 1 Minggu
2) Testimoni Set Skincare Shaklee : Pori-pori Semakin Mengecil, Black Head, White Head Semakin Hilang
3) Testimoni Set Skincare Shaklee : Seminggu jer Dapat Kulit yang Semakin Lembap dan Rasa Bertenaga

Hubungi saya untuk konsultasi atau pesanan.



Rose Azadir (933408)
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, March 6, 2014

Info Sihat : Cahaya Matahari, Genetik dan Pil Perancang Punca Jeragat

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi pasal jeragat. Tahukah anda apakah jeragat?




Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

"Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada
kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.

"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

"Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

"Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

"Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

"Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.

Dr Norazhah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manaka penggunaan krim adalah tidak sesuai.

"Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan 'heat' (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

"Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia," katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi ada juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

"Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

"Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,”. katanya.


sumber : blog e-kesihatan


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Wednesday, March 5, 2014

Testimoni ESP dan Omega Guard Shaklee : Eczema hilang dan Tiada Langsung Kesan Luka yang Kelihatan

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak berkongsi pula testimoni ESP  dan Omega Guard Shaklee yang membantu memulihkan eczema.


Di awal kemunculan eczema pada anak Puan Khadeejah nie, beliau menyapu Vitamin E pada kawasan yang terbabit. Hasilnya luka cepat baik tapi ada naik luka baru pula.

Kemudian beliau membuat keputusan untuk memberi anak beliau ESP Shaklee dan Omega Guard untuk merawat dari dalam. Hasilnya tiada lagi luka baru yang muncul dan sehingga kini dah fully recovered.

Jika dilihat pada kulit anak beliau, tiada langsung kesan eczema, licin jer. Alhamdulillah....

Apakah Punca Eczema?

Punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor dalaman (fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor luaran (persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debungan, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites)


Bagaimana Kitaran Eczema?

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah.




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.




Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Tuesday, March 4, 2014

Testimoni ESP + Vitamin E : Kesan Jahitan Akibat Kemalangan Semakin pudar

Assalamualaikum...

Pagi tadi p kerja hujan, Alhamdulillah, kurang sikit panas kan tapi kalau lebat agak sukar untuk rider cam saya nie hehe....

Nie petang nie cam nak hujan gak, sambil2 tunggu waktu balik kerja atau ondaway balik, stuck dalam jem, jom saya nak share satu testimoni ESP Shaklee + Vitamin E Shaklee untuk hilangkan parut.




Cik Sue nie pernah mengalami kemalangan dan beliau terpaksa menerima jahitan didahi. Tau-tau jela kalau dah berjahit, mesti akan meninggalkan parut yang agak hodoh kan.

Beliau telah mengamalkan ESP Shaklee dan Vitamin E Shaklee secara konsisten dan hasilnya parut kesan jahitan semakin pudar.

Selain daripada makan ESP Shaklee dan Vitamin E Shaklee tu, Cik Sue juga telah menyapu Vitamin E Shaklee pada tempat yang berparut dan berjerawat.


ESP Shaklee merupakan sumber protein yang baik. Protein nie amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.

Sel-sel lama dan rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel baru yang sihat. Sebab itu, parut susah nak hilang bila kita tak amalkan protein yang cukup kerana sel-sel yang lama itu tidak dapat digantikan dengan sel yang lebih sihat.

ESP Shaklee juga membantu penyerapan vitamin lain berada pada tahap optimum. Sebab tu, jika ESP Shaklee diambil bersama suplemen-suplemen lain, ianya akan cepat menyerap dan memberu kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil ESP Shaklee bersama.

Vitamin E memang sangat terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan. Sebab itu, salah satu fungsinya boleh hilangkan parut jerawat. Ini kerana vitamin E adalah vitamin yang tinggi anti-oksidannya. Ciri ini mampu menggalakkan penyembuhan kulit apabila disapu pada kawasan yang berparut tersebut.

Selain digunakan untuk disapu pada kawasan yang berparut, vitamin E juga perlukan diamalkan sebagai supplement harian untuk penyembuhan dari dalam. Nak kesan yang lagi best, amalkan bersama vitamin C dan Vitamin B Complex.

Lain-lain testimoni ESP Shaklee :
1) Testimoni ESP Shaklee : Berjaya Kumpul Stok Susu dan Paling Best Kulit Baby Makin Cerah dan  Gebus
2) Testimoni ESP Shaklee : Dah Boleh Puasa Penuh Dalam Bulan Ramadhan
3) Testimoni ESP Shaklee : Jeragat, Selulit Makin Pudar Plus Perut Makin Kempis


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan (harga super duper jimat ;))




Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Monday, March 3, 2014

Testimoni ESP + Alfalfa (Set Budget Milk Booster) : Berjaya Kumpul Stok Susu dan Paling Best Kulit Baby Makin Cerah dan Gebus

Assalamualaikum...

Post pembuka tirai March 2014 nie saya nak sampaikan berita gembira untuk penggemar ESP Shaklee atau pun mereka yang masih berfikir2 dan bercadang untuk mencuba ESP Shaklee, boleh la dapatkan dari saya dengan harga yang cukup istimewa sebab bulan nie ada promosi ESP Shaklee...yeehaaa!!!!

Kadang2 manusia nie bila diberitahu atau baca baca info dimana2 susah nak percaya kalau takde bukti. Bukan anda jer, saya pun sama, mesti nak tengok bukti baru boleh percaya....

Sebab tu saya nak tunjuk bukti nie, nak tunjuk testimoni ESP Shaklee Puan Melati.hehehhe....layan....




Puan Melati telah mengamalkan ESP dan Alfalfa Shaklee selama 3 bulan, asalnya sebagai milk booster dan sememangnya beliau berjaya mengumpul stok susu untuk anak tersayang.

Selain daripada dapat simpan stok untuk baby, yang beliau nampak perubahan pada baby beliau ialah kulit makin cerah dan gebu. Bukan sahaja perubahan pada baby tapi pada badan beliau sendiri iaitu kembali ke asal sebelum pregnant. 

Banyakkan hadiah yang anda dapat bila minum ESP Shaklee dan makan Alfalfa Shaklee.



ESP dan Alfalfa Shaklee merupakan kombinasi terhebat sebagai milk booster. Set Shaklee nie telah banyak membantu ibu menyusu diluar sana.

Ia dapat melancarkan perjalanan penyusuan  ibu-ibu dan mampu mempercepatkan penghasilan susu. Selain daripada itu ia juga membantu memekatkan susu dengan menyeimbangkan dan meningkatkan kandungan hindmilk.

Namun harus diingat, konsep supply vs demand harus diteruskan. Jadual pumping harus dijaga, pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Anda juga perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter air sehari dan jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan rezeki susu yang melimpah ruah.

In Shaa Allah dibantu dengan 'Milk Booster', perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya akan bertambah lancar.

Lain-lain testimoni ESP Shaklee : 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir (933408)
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com