Wednesday, April 30, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee : Mak n Adik2 Terkejut Tengok Saya Dah Kurus Hanya Dalam Tempoh Berpantang

Assalamualaikum...

Untuk ibu2 yang bakal menimang cahaya mata, mesti sedang tercari2 Set Berpantang yang terbaik untuk diri anda kan? Kalau boleh yang mampu mengembalikan tenaga selepas bersalin, mendapat bentuk badan yang asal sebelum mengandung dan yang mampu memeriahkan susu badan untuk keperluan bayi yang bakal lahir.

Kalau anda nak tahu, ada Set Berpantang yang mampu memberikan semua di atas iaitu Set Berpantang Shaklee (dengan izin Allah).

Jom kita baca salah satu testimoni pengguna Set Berpantang Shaklee.


Customer nie consume Set Berpantang Shaklee sepanjang tempoh berpantang beliau. Ibu dan adik2  beliau terkejut tengok beliau dah kurus. Apa lagi senyum sampai ke pipi ler...

Sebelum nie, beliau dah cuba macam2 ubat kurus, pergi gym, aerobik tapi ambil masa untuk turunkan berat badan tapi dengan Shaklee hanya 40 hari.


Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vita-Lea, Vitamin C, Ostematrix dan B Complex.

Nak tahu lebih tentang Set Berpantang Shaklee? klik sini


Hubungi saya,

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 29, 2014

Info Sihat : Masalah Pemakanan di Kalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum...

Masalah ini sering di laporkan oleh ibu bapa ketika mereka membawa anak mereka menjalani pemeriksaan rutin. Mereka sering melaporkan yang anak mereka sukar untuk mencuba makanan baru, hanya bergantung penuh dengan penyusuan walaupun ketika usia di mana mereka sepatutnya mendapatkan bekalan zat makanan dari makanan. 

Terdapat juga kanak-kanak ini yang didapati aktif secara fizikal dan boleh berkomunikasi dengan teman sebaya tanpa masalah tetapi SUKAR untuk makan. Ini sudah tentu menyebabkan tekanan kepada ibu bapa atau penjaga.

Pandangan umum sering mengaitkan masalah tabiat pemakanan adalah perkara biasa dan akan hilang dengan sendirinya. Untuk majoriti kanak-kanak, benar ianya akan hilang dengan sendiri tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang mengalami masalah tabiat pemakanan yang serius sehingga menyebabkan terganggunya proses tumbesaran fizikal. Kajian juga telah membuktikan potensi kesan negatif terhadap perkembangan mental kanak-kanak ini.

Apa yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda?
Secara amnya, rancang pemakanan anak anda menggunakan kaedah yang dapat meningkatkan selera makannya, mengajarnya mengenal rasa lapar dan mengajarnya makan sehingga kenyang seperti berikut :
  • Galakkan anak anda untuk duduk di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit atau sehingga masa makan berakhir. Walaupun anak anda tidak makan langsung atau hanya makan sedikit selama beberapa minit, kekalkan dia di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit. Terangkan kepadanya bahawa dia perlu kekal di meja makan sehingga "ibu dan ayah sudah kenyang". Ini akan mengajarnya apa itu rasa kenyang. Jangan bimbang jika anak tidak makan pada akhir waktu 20-30 minit ini kerana mereka akan berasa lapar dan rasa ingin makan akan datang pada waktu makan yang berikutnya.
  • Kurangkan gangguan pada waktu makan seperti barang permainan, buku dan televisyen. Ini akan mengganggu proses pembelajaran rasa "kenyang" sewaktu makan kerana mereka hanya akan makan tanpa dapat mengenalpasti rasa "kenyang" jika dibenarkan bermain sewaktu waktu makan.
  • Puji anak anda jika dia mampu menyuap diri sendiri tetapi kekalkan reaksi neutral tentang apa yang dia makan. Sebagai contoh, ibu bapa tidak seharusnya bertepuk tangan atau menunjukkan reaksi teruja apabila anak mencuba makanan baharu. Perbuatan ini (mencuba makanan baru) bukan "pertunjukan" atau "performance" untuk ibu bapa. Jangan sesekali memberi "upah" makanan ringan contohnya gula-gula sekiranya anak mencuba makanan baharu. Cukup dengan sekadar pujian.
  • Elakkan menggunakan makanan sebagai hadiah dan ganjaran semasa memujuk atau sebagai tanda kasih sayang.
  • Jangan paksa atau desak anak anda makan kerana berkemungkinan ia hanya akan membawa kepada masalah dan bukan peningkatan pengambilan makanan.
  • Sekiranya anak anda tidak makan atau makan dengan amat sedikit sahaja, jangan benarkan pengambilan snek antara waktu makan. Jangan risau, ia tidak membahayakan sekiranya anak anda makan sedikit sahaja pada sesetengah waktu makan dan makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya atau keesokan harinya.
Penglibatan keluarga
  • Waktu makan adalah penting dalam kehidupan berkeluarga. Oleh itu, cuba cari waktu makan di mana semua ahli keluarga ada (ibu, bapa, ahli keluarga yang lain) untuk memulakan proses latihan ini.
  • Pastikan ahli keluarga dan penjaga memahami masalah makan anak anda dan bersetuju dengan tingkah laku tertentu semasa waktu makan.
  • Ajar anak anda untuk duduk di meja sepanjang waktu makan bersama keluarga.
  • "Time out"!/ Waktu denda "Time out" atau waktu denda merupakan kaedah efektif yang disyorkan oleh pakar pediatrik dan psikiatrik untuk memupuk sikap yang baik di kalangan kanak-kanak. Sediakan kerusi atau kawasan untuk "time out"/ waktu denda. Sekiranya anak anda berkelakuan buruk di meja makan, letak mereka di kawasan "time out"/waktu denda tersebut selama beberapa minit.
    Nota: "Time out" atau waktu denda akan lebih berkesan sekiranya anda juga sering memuji dan menggalakkan anak anda untuk berkelakuan baik.
  • Jangan memaksa anak makan makanan yang dia tidak suka.
  • Ahli keluarga yang lain hendaklah kekal neutral seperti mana ibu bapa.
Peraturan Makan Kanak-kanak
  • Beri makan pada masa yang tetap dan jarakkan masa makan dan snek antara 2-3 jam. 3 sajian utama dan 1-2 sajian snek (termasuk susu dan produk tenusu). Hanya berikan air kosong sahaja antara waktu makan dan snek.
  • Hadkan tempoh makan. Tamatkan waktu makan dalam masa 20-30 minit walaupun anak anda hanya makan sedikit atau tidak makan langsung.
  • Berikan makanan dan kuantiti yang bersesuaian dengan umur. Berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi benarkan anak anda untuk menambah makanan.
  • Perkenalkan makanan baharu secara sistematik. Mula dengan memberikan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Apabila anak anda sudah biasa dengan makanan tersebut, tambahkan kuantiti yang diberikan.
  • Galakkan anak menyuap sendiri dan peka dengan selera yang bersesuaian dengan umurnya.
  • Minimumkan salah laku ketika waktu makan. Rujuk konsep "time out" di atas.
  • Berikan masa untuk anak anda membiasakan diri dengan rasa yang dan tekstur makanan yang baharu. Apabila anak anda berpaling daripada makanan tertentu, jangan memaksa dia untuk makan makanan itu juga. Cuba semula dalam masa seminggu atau dua minggu berikutnya.
Perlu diingat bahawa perubahan positif di dalam tabiat pemakanan kanak-kanak bermasalah ini mungkin mengambil sedikit masa. Apa yang paling penting ialah pihak ibu bapa memastikan bekalan nutrien harian adalah cukup sewaktu proses peralihan ini. Di sini letaknya kepentingan pakar perubatan dan pakar dietetik untuk memantau perkara penting ini.

Diadaptasi daripada Program IMFeD (Identification and Management of feeding difficulties for children) Malaysia di bawah naungan Persatuan Pediatrik Malaysia.

sumber : www.myhealth.gov.my 


Rose Azadir
012 577 9380
razadir@gmail.com

Monday, April 28, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Healing Crisis Hanyalah Sementara

Assalamualaikum...


Salam pagi Isnin...Hari nie nak share lagi tentang set skincare Shaklee lagi.

Setelah beberapa bulan consume Shaklee, inilah hasilnye;
1) Kulit semakin lembut dan kulit kusam pun berkurangan
2) Bentuk badan semakin cantik dan semakin kecil (cam super model gitu....hehe nie saya tambah)

** bukan jer kulit semakin cantik, bentuk badan pun makin cantik

Suplemen Shaklee yang diambil oleh Cik Siti nie ialah ESP, Vitamin E, Vitamin C Dan B Complex.


Cik Siti nie mengalami healing crisis semasa consume Set Skincare Shaklee nie. Muka beliau naik jerawat yang agak banyak tetapi beliau tetap bersabar dan meneruskan pengambilan vitamin2 tersebut. Hasilnya anda tengok pic di atas.

Healing krisis merupakan satu proses berterusan di dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. Toksin-toksin lama di dalam badan akan dibersihkan dan disingkirkan.

Semasa proses penyingkiran ini, badan akan mengalami tanda atau simptom yang mana akan membuatkan kita rasa kurang selesa dan ia dipanggil krisis penyembuhan. Untuk info, dalam perubatan cina, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Lagi testimoni Set Skincare Shaklee:
1) Alami penjagaan kecantikan secara semulajadi
2) Kulit sentiasa lembap dan glowing
3) Wajah lebih bermaya tanpa solekan


Hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, April 25, 2014

Makanan Rohani : Amanah Dalam Kerja

Assalamualaikum...


Hari ini saya ingin kongsikan sebuah artikel sebagai tazkirah untuk renungan bersama. Mari kita baca dan hayatinya:
Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijak).

Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan dilakukannya.

Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.

Jika niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati amanah yang diberikan.

Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”

Amanah tidak sekali-kali boleh dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan daripada Allah SWT.

Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri, tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.

Cabaran maha hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan desakan ketua jabatan.

Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin, menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu jabatan serta sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi, akan berjaya di dunia dan diakhirat.

Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.

“Ya Allah yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada golongan sasar kami”. Amin.

Renung-renungkan.. semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari masa ke masa.

sumber : ondastreet.wordpress

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
 

Thursday, April 24, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee : Sakit Pinggang Dah Hilang, Alahan Semakin Baik dan Paling Penting Susu Bertambah Meriah

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi cerita lagi tentang keberkesanan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vita-Lea, B Complex, Ostematrix dan ESP.


Hasil yang diperolehi oleh Puan Sabrina setelah kurang dari sebulan consume Set Berpantang Shaklee ialah:
1) Susu badan bertambah, susu cepat penuh dan berat
2) Sakit pinggang yang dialami sebelum nie akibat jatuh tangga semakin berkurangan
3) Alahan disebabkan ikan besar, kentang, tepung gandum, telur dan sebagainya dah semakin hilang



Terdapat beberapa soalan yang seringkali ditanya oleh pengguna dan bakal pengguna Set Berpantang Shaklee nie. Antaranya ialah:
  1. Bila boleh mula makan Set Berpantang Shaklee? - Lepas bersalin boleh terus makan untuk recharge tenaga dan banyakkan susu.
  2. Saya Breastfeed, selamatkah produk ini? - Sangat selamat malah membantu menurunkan jaundice/demam kuning bayi.
  3. Sesuaikah untuk ibu bersalin pembedahan?  - Set Berpantang in isangat BAIK untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal.
  4. Harga Set Berpantang Shaklee? - Hanya RM446.00, Set yang tahan maximum 4-6 bulan bergantung kepada vitamin.
  5. Boleh beli dengan harga Ahli? - Boleh, iaitu dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee 
  6. Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain? - Tak perlu dan membazir kalau ambil. Set Berpantang Shaklee ini 100% lengkap memenuhi keperluan ibu berpantang untuk pulih, slim, dan banyakkan susu.
  7. Cara makan Set Berpantang Shaklee - Akan disertakan bersama-sama packaging Set Berpantang Shaklee.


Lain2 Testimoni Set Berpantang Shaklee:
1) Tiada sembelit, jahitan tak rasa sakit dan luka cepat baik
2) Perjalanan 6 hari tanpa baby demam, kembung atau meragam


Hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook :  Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, April 23, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee : Tiada Sembelit, Jahitan Tak Rasa Sakit dan Luka Cepat Baik

Assalamulaikum...

Hari nie nak kongsi lagi tentang kebaikan Set Berpantang Shaklee.

Kata Puan Ana :

Salam..


just nak share tentang shaklee set berpantang..honestly memang superb!sangat berbeza ngan kelahiran pertama dahulu tahun 2010. Before this,saya terlalu fobia nak bersalin 2nd baby kali nih coz waktu anak pertama sembelit teruk,jahitan lambat baik,susu badan amik masa berminggu baru nak ada tu pun lepas berurut..n yg paling x besh badan sgt lesu n lemah x bertenaga.so bersalin kali neh decide amek set trial berpantang shaklee lepas berbulan survey testimoni org n baca info kat blog..alhamdulillah saya selamat bersalin br2 nih.
 

Hari ni genap 6 hari saya berpantang dan 6 hari jugak saya try set berpantang shaklee dan ostematrik untuk cegah sembelit..syukur segalanya dipermudahkan..sy x sembelit langsung buat masa sekarang,jahitan tak rasa sakit sangat dan luka lebih cepat baik dari dulu n yang paling besh hari ke 3susu dah ada n cim b pon mula membengkak walo tak berurut..famili pun perasan..saya lebih bertenaga kali nih berbanding dulu,memang best set nih..




Kelebihan Set Berpantang Shaklee
  • badan ibu kembali cergas selepas bersalin
  • luka-luka cepat sembuh
  • bayi terhindar dari jaundis / kuning
  • vitamin yang tidak panas
  • sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan jamu
  • sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan 
  • kulit ibu lebih cantik lepas berpantang, kulit bayi juga gebuss
  • elak sembelit, buang angin dalam badan
  • tidak mengganggu penyusuan susu ibu
  • susu lebih lancar, banyak... (sekiranya ibu tidak mengabaikan konsep penyusuan susu ibu)
  • mengurangkan keguguran rambut
  • mengembalikan berat badan ideal..turunkan berat badan
  • hilangkan kebas2 urat, tangan kaki 
  • mengawal emosi atau lebih jelas 'meroyan' sewaktu berpantang


Hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 22, 2014

Info Sihat : Tips Penyimpanan Ubat yang Betul

Assalamualaikum...


Selain cara penggunaan ubat yang selamat, ubat juga perlu disimpan dengan cara yang betul bagi memastikan kualiti, keberkesanan, dan keselamatan ubat terjamin. Antara kepentingan penyimpanan ubat yang betul termasuklah:

  1. Memudahkan mencari ubat jika dalam kecemasan atau boleh juga memudahkan kita ingat untuk mengambil ubat pada waktu yg betul
  2. Penyimpanan ubat pada tempat yang betul juga boleh mengelakkan ubat cepat rosak
  3. Meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak dan di tempat tinggi penting untuk mengelakkan anak kita termakan ubat yang boleh membahayakan
  4. Mengelakkan kekeliruan untuk mengambil ubat apabila ubat diletakkan berselerak dan bercampur aduk

tips penyimpanan ubat yang selamat

Tips penyimpanan ubat yang betul termasuklah:

  1. simpan peti ubat di tempat yang selamat dan mudah dicari
  2. asingkan ubat makan (tablet, kapsul, sirup, dan sebagainya) dengan ubat untuk kegunaan luar (ubat sapu, ubat titis mata, dan sebagainya)
  3. jangan campurkan beberapa ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama
  4. jauhkan ubat daripada kanak-kanak. simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak
  5. simpan ubat jauh daripada sumber cahaya dan suhu tinggi seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk, atau di dalam kereta.
  6. jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat sedemikian
  7. jangan simpan ubat di kawasan yang lembab seperti berdekatan sinki atau di dalam bilik mandi
  8. jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak, atau hilang label

tips penyimpanan ubat yang betul

Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila rujuk dengan ahli farmasi berdekatan anda.


rujukan :
1. Komuniti Farmasi Malaysia. (2011). Cara Menyimpan Ubat Dengan Betul. retrieved from http://www.malaysianpharma.com/index.php/articles22/kenali-ubat-anda/80-cara-menyimpan-ubat-dengan-betul.html
2. Kenali Ubat Anda. (2012). Poster - Penyimpanan Ubat. retrieved from http://www.knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=20&action=view&retrieveid=179&lang=BM

Monday, April 21, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee : Perjalanan 6 Hari Tanpa Baby Demam, Kembung atau Meragam, Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua, semoga hari Isnin nie memberikan keceriaan berganda kepada anda semua, takmo lazy2 k (pesanan untuk diri sendiri juga)

Jom la kita baca testimoni ceria dari pengguna suplemen Shaklee ;)


Puan Shieda merupakan pengguna Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, B Complex, Vita-Lea, Ostematrix, Vitamin C dan Zink Complex.

Beliau sangat happy dan berpuas hati dengan Shaklee.

Antara kelebihan yang beliau alami;
1) Badan rasa sihat dan cergas walaupun tengah dalam pantang (tak cukup tido layan baby yang crancky nangis siang malam)
2) Penghasilan susu meningkat dari segi kualiti dan kuantiti, susu jadi lebih pekat (thanks to ESP) dan kekuningan disebabkan B Complex. Sebelum nie paling banyak pun 20oz sehari tapi selepas consume Shaklee dapat 30-35oz sehari.
3) Kesihatan beliau dan baby maintain - 6 days journey, Kelantan-Muar-KL-Kuantan-Pasir Puteh, bersama baby berumur 40 hari. Anak tak demam, kembung atau meragam. Si ibu juga kekal bertenaga dan tidak rasa penat.



ENERGIZE SOY PROTEIN (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


B COMPLEX
  • Membantu menstabilkan hormon badan kita
  • Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga

VITA LEA WITH IRON FORMULA
  • Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil vita lea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang kita tak boleh makan so tenaga kita akan berkurang.
  • Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
  • Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • Kalau nak breastfeed baby, pengambilan zat besi adalah sangat penting.
  • Vita lea tak boleh di ambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

OSTEMATRIX
  • Antara komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein, ialah kalsium
  • Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti
  • Melegakan otot dan saraf ibu dan elakkan dari tekanan
  • Elakkan dari gigi rosak dan sakit tulang pada ibu
  • Ibu menyusu yang tidak mendapat cukup kalsium lazimnya akan mendapat masalah gigi rosak dan sakit tulang

VITAMIN C
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka
  • Penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk mencantum semula tisu yang koyak semasa proses bersalin
  • Meningkatkan imuniti ibu untuk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu

ZINC COMPLEX
  • Ibu2 yg tak makan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yang tepat kepada makanan tersebut.
  • Galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan.
  • Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
  • Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yang disusukan membesar dengan baik.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Lagi Testimoni Set Berpantang Shaklee :
1) Turun 15kg Selepas Habis Berpantang 44 hari


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, April 18, 2014

Info Sihat : 10 Kepentingan Kalsium Yang Anda Mesti Tahu

Assalamualaikum.....

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.


1) Menguatkan Tulang
Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2) Mencegah Obesiti
 Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3) Melindungi Otot Jantung
Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4) Mengelakkan Kanser Kolon
Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5) Mencegah Blues Pra-haid
Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6) Mencegah Batu Karang
Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7) Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8) Kawalan Tekanan Darah
Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.


9) Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10) Membantu Pengangkutan Nutrien
Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

KALSIUM Pilihan Saya?- Pastinya OSTEMATRIX SHAKLEE
Kenapa OSTEMATRIX SHAKLEE ?- Kerana Ostematrix Shaklee bukan sahaja mengandungi KALSIUM, malahan turut mengandungi MAGNESIUM & VITAMIN D UNTUK PENYERAPAN KALSIUM YANG OPTIMUM.

sumber :  Puan Yati Omar


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Thursday, April 17, 2014

Testimoni Set Penyusuan Shaklee : Susu Semakin Berlemak, Creamy dan Yellowish

Assalamualaikum...

Minggu nie ramai yang bertanyakan saya tentang set berpantang dan set penyusuan Shaklee. Nampaknya dua set nie semakin mendapat tempat dihati para pengguna.. Alhamdulillah....

Kat sini saya nak share satu testimoni Set Penyusuan Shaklee.


Puan Siti consume Set Penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Untuk lagi umph beliau tambah dengan ESP dan Ostematrix Shaklee.

Hasilnya susu makin berlemak, creamy dan yellowish. Nampak beza lapisannya.
Baby minum sikit pun dah kenyang.

Jom baca sedikit intro dengan vitamin2 nie.


1) Vita-lea
Vita-lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

2) B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stress dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.

3) Vitamin C
Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

4) Alfalfa
Alfalfa ialah milk booster (makanan penambah susu) yang telah digunakan sejak turun-temurun di Amerika Selatan. Ia adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.

* Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.

5) ESP
Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia dan tekanan. Merupakan 'Milkbooster' yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat dan pekat. Juga membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri.

6) Ostematrix
Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga membantu mengelakkan dan sembelit.


Lain-lain Testimoni Set Penyusuan:
1) Miss B bengkak kalau tak perah
2) Badan tidak lagi letih sebab kurang tidur juga kulit tidak lagi kering
3) Susu tidak pernah putus walau setelah 6 bulan menyusukan bayi


Hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com



Wednesday, April 16, 2014

Info Sihat : Bahaya Ubat Batuk dan Selsema Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum...

Organisasi kesihatan Seluruh Dunia (World Health Organisation - WHO) secara amnya telah mengeluarkan amaran keras bagi penggunaan ubat batuk dan selesema terhadap kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun tanpa arahan dari doktor. Malangnya, ubat-ubat sebegini mudah didapati di kedai-kedai farmasi tanpa memerlukan pengesahan doctor.


Ubat-ubat yang dimaksudkan termasuklah ubat yang mengandungi bahan aktif untuk melegakan hidung tersumbat, antihistamin yang membawa kesan menangantuk, serta ubat mengeluarkan kahak (lihat senarai contoh ubat di bawah). Kumpulan ubat yang paling membimbangkan adalah dari kumpulan antihistamin yang menyebabkan kesan mengantuk.


Bahaya ubat batuk dan selesema terhadap kanak-kanak


Penggunaan ubat batuk dan selesema boleh mengundang bahaya yang tidak diingini terhadap kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Terdapat beberapa kes di Amerika syarikat yang melibatkan kesan sampingan yang teruk dan kematian terhadapt kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang diberikan ubat batuk dan selesema ini.

Hasil kajian juga telah mendapati bahawa tiada bukti kukuh terhadap keberkesanan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Malah, apabila risiko kesan sampingan diambil kira, tiada justifikasi untuk memberikan ubat-uabat ini kepada kanak-kanak.




Kesan sampingan lazim


Secara asasnya, ubat antihistamin generasi pertama memberikan lebih bayak kesan sampingan berbanding antihistamin generasi kedua. Namun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua juga tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.

Antihistamin generasi pertama boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan. Kesan-kesan yang lain termasuklah ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan. Kanak-kanak yang diberikan dos yang berlebihan boleh membawa kepada kesukaran bernafas, koma, dan seterusnya kematian.


Contoh ubat


Ubat melegakan hidung tersumbat


  • Ephedrine
  • Pseudoephedrine
  • Phenylephrin


Antihistamin yang membawa kesan menangantuk (antihistamin generasi pertama)


  • Diphenhydramine
  • Brompheniramine
  • promethazine
  • chlorpheniramine


ubat mengeluarkan kahak


  • guaifenesin
  • ipecacuanha


Antihistamin generasi kedua


  • Cetrizine
  • Loratidine



Rawatan alternative


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ibubapa sekiranya anak-anak mereka yang berumur dibawah 2 tahun mengalami batuk dan selesema adalah seperti:


  1. Menggunakan ‘mist humidifer’ dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pernafasan.
  2. Titiskan atau semburkan cecair saline dapat mengekalkan kelembapan rongga hidung dan mengelakkan hidung tersumbat.
  3. Sedut hidung kanak-kanak dengan menggunakan picagari ‘bulb’ dengan atau tanpa titisan saline bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari setahun.

 

 Jika anak anda berumur lebih dari 2 tahun dan diberikan ubat batuk atau selesema.


Sekiranya anak-anak anda yang berumur lebih dari 2 tahun dan diberikan ubat batuk atau selesema, sebagai ibubapa anda haruslah memastikan bahawa:


  1. Sentiasa ikut arahan doktor dan informasi yang terdapat pada label ubat
  2. Jangan melebihi dos yang telah ditetapkan walaupun tiada kesan positif yang ditunjukkan
  3. Sukat ubat menggunakan sudu atau picagari yang disediakan bersama ubat tersebut. Elakkan menggunakan sudu makanan yang biasa
  4. Jangan menggabungkan ubat batuk / selesema tanpa arahan doctor atau ahli farmasi.



Rujuk ahli farmasi berdekatan anda 


Untuk sebarang persoalan atau ingin mendapatkan lebih kepastian, sila rujuk dengan doktor dan ahli farmasi berdekatan anda.

Rujukan : 
1. Cheong M. (2013 Oct. 7).  The danger of cough & cold products for infants & small children; The Malaysian Medical Gazette. Retrieved from http://www.mmgazette.com/cough-cold-infants/ 
2. Hoecker JL. (2013 July 2). When should I use a cool-mist humidifier vs. a warm-mist humidifier for a child with a cold?; mayo Clinic. retrived from http://www.mayoclinic.com/health/cool-mist-humidifiers/AN01577





Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 15, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Alami Penjagaan Kecantikan Secara Semulajadi

Assalamualaikum...

Siapa yang kat sini tak nak cantik, angkat tangan...

Ada ke? Saya rasa semua orang nak cantik, bukan untuk bangga diri tapi ada yang untuk kepuasan diri, untuk suami dan sebagainya.

Jadi hari nie saya nak kongsi satu lagi testimoni Set D Shaklee.


Set D Shaklee terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex Shaklee.

Tak perlu nak cerita banyak, tengok perbezaan pada gambar di atas jer dah cukup. Kulit yang makin cerah, berseri, tidak lagi kusam, tona warna sekata dan parut jerawat makin hilang.

Set Skincare Shaklee nie dapat membantu penjagaan kecantikan secara semulajadi. Ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri tanpa mahu berbelanja mahalkan? Ini lah set skincare yang paling sesuai.


Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb)
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle)


Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut


B Complex
  • Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • Membantu dalam menukarkan lemak kepada protein (ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, juga kekuatan kuku.

Produk Shaklee dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. Tiada kesan sampingan, In Shaa Allah..

Lain - Lain Testimoni Set Skincare Shaklee :
1) Saya Nampak Makin Mudakan?
2) Jerawat Mula Mengering dan Semakin Hilang
3) Parut dimuka Semakin Menghilang Selepas Satu Minggu



Hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, April 14, 2014

Testimoni ESP + GLA Complex Shaklee : Kulit Muka Semakin Cerah, Glowing dan Licin dan Lost Weight 3kg within a Month

Assalamualaikum...

Hari nie cuaca sangat baik, sangat sesuai untuk sesiapa yang nak cuci baju, confirm sekejap je dah kering hehe...

Oleh kerana hari nie best, saya nak berkongsi sesuatu yang best juga. Kisah benar pengguna ESP dan GLA Shaklee.


Customer nie consume ESP Shaklee + GLA Shaklee almost sebulan jer tapi dah nampak perubahan pada wajah beliau.

Sebelum nie warna kulit beliau agak gelap dan tidak sekata. Selain itu wajah beliau ada banyak jerawat dan parut jerawat.

Setelah consume ESP Shaklee dan GLA Shaklee, kulit muka dah semakin cerah, glowing dan licin. Jerawat dan parutnya juga dah hilang.

Yang lagi best bila husband dan kawan2 tegur muka nampak lain dan semakin cantik. Kembang gitu hehe...

Selain daripada semakin cantik, berat badan juga ada penurunan dari 83kg kepada 80kg. Memang bonus berganda kan?


ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism) yangmana ia diproses pada kadar suhu  yang rendah. Tambahan pula setiap 850gm (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu0satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala kandungan Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Tahukah anda?

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak nunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran hadi dan melegakan tanda-tanda menopaus.

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan sumber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya.


Lain-lain Testimoni:
1) Testimoni ESP Shaklee : Gastrik Punca Makan Cempedak Hilang Lepas Minum ESP + Milo
2) Testimoni ESP + Omega Guard Shaklee : Ezcema Hilang dan Tiada Langsung Kesan Luka yang Kelihatan
3) Testimoni GLA + Set Kurus Shaklee : Period dah Stabil dan Berat Badan Turun 2 kg dalam 18 hari



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, April 11, 2014

Info Sihat : Kepentingan Kalsium Pada Tubuh Manusia

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak cerita sket mengenai Kalsium dan tulang.
 

Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.

Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.

Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna.

Sebanyak 90 peratus pertumbuhan pesat tulang berlaku dalam tempoh kanak-kanak membesar dan pada usia persekolahan. Namun malangnya apabila semakin membesar, penekanan terhadap kepentingan minum susu semakin berkurangan, sekali gus menjejaskan perkembangan tulang yang sihat.




Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.

Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.

Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat.

Lebih menarik, kanak-kanak dan remaja yang mengamalkan pemakanan kaya kalsium akan menyimpan mineral itu dalam tulang mereka dan mampu membantu mengekalkan kekuatan tulang mereka untuk sepanjang hayat.

Pemakanan yang kaya kalsium ketika usia membesar, boleh memastikan tubuh tidak mengambil kalsium daripada tulang. Ini kerana tulang mempunyai simpanan kalsium sendiri dan menyimpan sebanyak kalsium yang boleh ketika kanak-kanak akan membantu mencapai jisim tulang terbaik.

Apatah lagi apabila mencecah penghujung usia remaja, simpanan akan ditutup menyebabkan kita tidak dapat menambah bekalan kalsium, tetapi hanya boleh mengekalkan jumlah yang ada supaya tulang tetap kekal sihat.

Selain pengambilan susu atau makanan yang kaya kalsium, tulang yang kuat juga boleh dikekalkan dengan mengambil pemakanan yang mampu memastikan kalsium dapat diserap secara maksimum.

Kalsium penting untuk mengekalkan jisim tulang untuk menyokong struktur rangka, apatah lagi tubuh sentiasa menggunakan kalsium untuk memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf.

Dengan menjaga pemakanan yang kaya dengan khasiat kalsium, kanak-kanak mampu mengekalkan tahap kalsium yang sihat tanpa perlu mengambil suplemen. Sumber terbaik bagi kalsium antaranya produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu, sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kailan, kekacang dan pis seperti tauhu, kacang tanah dan kacang hitam, ikan seperti sardin dan salmon selain buah oren dan badam.

Selain itu, sesetengah nutrien dan vitamin mampu membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh misalnya vitamin D. Ia selalunya didapati dalam makanan seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.

Di banyak negara termasuk Malaysia, susu, roti dan bijirin ditambah dengan kalsium bagi membantu ramai mendapat kalsium yang cukup, seterusnya membina masyarakat yang lebih sihat dan kuat.

Sementara itu, sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang.

Sumber : Harian Metro


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, April 10, 2014

Makanan Rohani : Professor Peluk Islam Setelah Puas Kaji Tentang Wuduk

Assalamualaikum...

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. 

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. 

Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
 
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. 

Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? 

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. 

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.A.W.

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. 

Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. 

Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. 

Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

Huraian

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam.

Sumber: http://www.queachmad. com


Rose Azadir 
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 8, 2014

Testimoni Set Penyusuan Shaklee : Miss B Bengkak Kalau tak Perah dan Sekali Perah Cecah 6oz

Assalamualaikum......

hari nie saya nak berkongsi lagi tentang kebaikan set penyusuan Shaklee.

Kata Puan Ana :

"Kak, Alhamdulillah, susu dah increase banyak sangat, syukur sangat, haritu, yang balik rumah mak mertua, susu drop sebab baby tak nak direct breastfeeding. Saya pun tak tau nak buat macam mana. Rasanya sebab susu kurang sebab dia tak menghisap dari breast terus. Before ni mesti sekali perah cecah 4oz gak. 

Tu yang g cari Shaklee gak tu. Nasib ada kat Ipoh tu. Alhamdulillah, sekarang B dah bengkak je kalau tak perah. Sekali perah cecah 6oz....suka sangat...Baby pun tido dah lena, kenyang kot, before ni dia selalu jaga malam, then tak mau tido sampai pagi, minum susu kerap tapi dah sebab perah sikit je, dia tak puas kot....thanks ya kak...dengan izin Allah juga....Alhamdulillah"

Best kan baca perkongsian Puan Ana nie. Harap dapat membantu ibu2 yang masih tercari2 supplemen untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Set Penyusuan Shaklee ada tiga kombinasi.

1) Set Penyusuan 3M
 


Alfalfa Complex + Vitamin C + B Complex + 
ESP (Energizing Soy Protein) + Ostematrix + Vita-Lea (Multivitamin)

2) Set Penyusuan (Set B)


ESP (Energizing Soy Protein) + Vitamin C + B Complex + Vita-Lea (Multivitamin)

3) Set Penyusuan Ekonomi


ESP (Energizing Soy Protein) + Alfalfa

ESP (Energizing Soy Protein) - Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia dan tekanan. Merupakan 'Milkbooster' yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat dan pekat. Juga membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri.

Alfalfa - Bertindak sebagai 'Milkbooster' dan dapat melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. Ia juga membantu masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan sembelit, menyingkirkan lemak dan kolesterol, membuang angin dalam badan dan juga membantu masalah keputihan.

Vitamin C - bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit. Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

B Complex - membantu meningkatkan tenaga serta melegakan kepenatan / kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga. Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan focus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu. Ia juga penting untuk kecantikan kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam.

Ostematrix - keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga dan membantu mengelakkan dari senbelit.

Vita-Lea (Multivitamin) - membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia / kurang darah.


Lain-lain Testimoni Penyusuan:
1) Testimoni Set Penyusuan B : Badan tidak lagi letih sebab kurang tidur juga kulit tidak lagi kering
2) Testimoni Set Penyusuan 3M : Susu badan tidak pernah putus walaupun sesudah 6 bulan menyusu badan
3) Testimoni Set Penyusuan Budjet : Berjaya kumpul stok susu dan kulit baby makin cerah


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, April 7, 2014

Info Sihat : Panduan Pemakanan yang Sesuai dan Seimbang Untuk Ibu Menyusukan Anak

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian tentang pemakanan yang sesuai dan seimbang untuk ibu2 yang menyusukan anak.

Kebanyakan ibu-ibu bingung dengan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam jangka waktu menyusukan bayi mereka. Susu ibu adalah sumber makanan yang penting untuk tumbesaran si kecil kerana kandungan khasiatnya yang boleh membantu menguatkan antibodi si kecil bagi melawan penyakit yang tidak diingini.

Pemakanan yang sesuai dan seimbang adalah penting bagi ibu yang memberikan anak mereka susu badan, kerana apa yang dimakan oleh ibu akan diserap juga oleh si kecil. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tips pemakanan yang terbaik bagi mengekalkan mutrisi yang ada dalam susu anda.

Ikan Salmon
Ikan Salmon memang kaya dengan kandungan lemak yang penting iaitu DHA, sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyeleggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah Salmon sebanyak 2-3 porsi dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda. Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yoghurt dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda. Cuba selitkan sekurang-kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

Sayur-sayuran hijau
Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk supplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)
Asid folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain-lain yang kaya dengan serat dan zat besi buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

Daging
Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

Kekacang
Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

Telur
Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan, sediakan omelet untuk makan tengahhari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

Buah-buahan
Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih porsi buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

Dan akhir sekali, minumlah air putih dengan banyak dan kerap kerana ia merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu. Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

sumber : 12 superfood for new moms


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Friday, April 4, 2014

Testimoni Set Breastfeeding Shaklee (Set B) : Badan Tidak Lagi Letih Sebab Kurang Tidur juga Kulit Tidak Lagi Kering

Salam Jumaat semua pembaca blog daku....

Sempena hari Jumaat yang mulia saya nak share satu testimoni ibu yang sangat gembira dengan kesan selepas consume Set B (Set Breastfeeding) Shaklee.

Kata Puan Anie

"Kebelakangan ini adik Aisyah selalu berjaga malam. Dia mula berjaga time mama nak masuk tidur. Biasanya dia akan tidur paling awal pukul 2 pagi dan ada jugak sampai pukul 5.30 pagi dia berjaga. Mengantuk tu tak yah cakaplah. Dah la kita penat siang tu.

Tapi sejak mama minum ESP SHAKLEE dan makan vitamin Shaklee ni mama rasa badan mama nie ringan je time bangun pagi. Takde lagi rasa mamai2 walaupun malam tu cuma dapat tidur kejap je. So, dapatlah mama buat kerja rumah dan berhomeschool dengan anak2 seperti biasa ^0^.

Sblm ni kulit muka mama agak kering. Tapi lepas makan vitamin Shaklee ni mama mula perasan yang kulit mama ni rasa lembut je. Dah tak kering lagi. Mungkin kesan vitamin C yang ada dalam set B tu dan juga ESP tu pastinya. 

Proses penyusuan mama untuk adik aisyah juga berjalan lancar. Mama dapat rasakan B mama ni sentiasa penuh. Alhamdulillah, dapatlah adik Aisyah menyusu sampai kenyang tiap kali menyusu."

Syukur, Alhamdulillah bertambah lagi seorang ibu yang berjaya menyusukan anak tanpa susu formula. Besar pahala yang diberikan Allah kepada ibu2 yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Apakah yang terkandung dalam Set B, Set Breastfeeding Shaklee ini?


ESP Shaklee

ESP adalah protein. Sel kita terbina dari protein dan memang kita boleh dapatkan protein dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protein adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi.

Protein hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari tu protein mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya.

Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.

Tips bagaimana nak bancuh untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/manggo dalam satu jug maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.


Vitamin C

Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka, sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, In Shaa Allah anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta, asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja?

Ini kerana vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.

Tips untuk makan seisi keluarga: Sediakan vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun ke atas. Anda juga boleh menyediakan vitamin C chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.






Vita-Lea

Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin lengkap dengan formula zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam.

Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakalanya tidak dapat  diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.


B Complex

Ia membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B Complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi atau pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com